Inisiatif

Peristiwa
29/7/20
Isu
Selangor
Bantuan
Pelan Pemulihan

Selangor E-Bazar Mencatatkan Jualan RM 1.7 juta. Tahniah semua!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan suka cita saya kongsikan bahawa kempen Selangor E-Bazar Raya berjaya merekodkan jualan sebanyak RM11.7 juta.

Program ini hasil usahasama Kerajaan Negeri dengan Shopee telah membuka ruang baharu bagi peniaga konvensional di Selangor untuk berniaga atas talian.

Pendekatan ini juga dapat melengkapkan supply chain bagi beberapa industri di Selangor dari segi pemasaran, penjualan, pembelian serta penghantaran barangan.

Antara perniagaan yang berjaya adaptasi kepada keperluan baharu adalah farmasi, makanan, pakaian dan elektronik.

Misalnya, kedai Az Zara yang diusahakan oleh Puan Hajjah Zaharah Aris yang menjual pakaian muslimah.

Sebelum dan sewaktu PKP, dia hanya mendapat kira-kira RM2,000 dari jualan. Namun, platform atas talian melalui Kempen Selangor E-Bazar berjaya meningkatkan pendapatannya kepada RM50,000 dan jualannya masih berkembang.

Saya juga amat gembira dengan kisah kejayaan Nur Hikmatul Khazanah yang menjual sambal pecal, Lim Mon Peng yang berniaga aksesori telefon pintar dan Humaira Mohd Khorie yang memasarkan barangan rempah dan masakan lain.

Tahniah kepada semua!

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.