Inisiatif

Ekonomi
18/5/20
Isu
Selangor

Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Co-ordination Offic (S-DAICO)

Kerajaan Negeri berbangga dengan satu lagi divisyen baharu peneraju industri aeroangkasa, Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO). Seperti yang diketahui, 62% syarikat berkaitan aeroangkasa di Malaysia saat ini beroperasi di Selangor iaitu kira-kira 230 syarikat dan terdapat lebih 20 institusi pengajian tinggi dan akademiyang menawarkan pembelajaran berkaitan aeroangkasa.

Penubuhan pusat sehenti untuk perkara berkaitan industri aeroangkasa di Selangor bagi menyelaras, menasihati serta membantu para pelabur ini menjadi maha penting dan dijangka menyemarakkan lagi ekonomi negeri. Dianggarkan kira-kira RM 6.6 bilion telah dihasilkan pada tahun 2017 hanya dalam sektor pembuatan aeroangkasa sahaja.

Ekosistem aeroangkasa yang bakal menjanjikan pulangan yang tinggi turut merangkumi MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan pengoperasian) dan serta subkluster seperti (Elektrik & Elektronik (E&E), pembuatan, R&D dan banyak lagi.

Menjelang 2030, Malaysia mengunjurkan industri ini akan menyumbang pendapatan sebanyak RM20.4 bilion untuk MRO, RM21.2 bilion untuk aktiviti pembuatan dan RM13.6 bilion untuk perkhidmatan kejuruteraan dan reka bentuk.

Sudah pasti, Selangor akan mengemudi formasi industri aeroangkasa lebih jauh hari ini dengan tertubuhnya S-DAICO. Tahniah Invest Selangor!

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.