Inisiatif

Ekonomi
24/11/21
Isu
Selangor

SELangkah DIMANTAPKAN LAGI DEMI KESENANGAN RUTIN HARIAN ANDA

Selangor mengorak setapak maju lagi dengan memperkenalkan fungsi tempahan janji temu saringan COVID-19 dan juga pembelian kit ujian kendiri menerusi aplikasi SELangkah. Kemudahan ini membantu warga Selangor merancang sebarang aktiviti dan perjalanan dengan selamat selepas kebenaran rentas negeri diberikan.

Kerajaan Negeri sentiasa peka dan cakna dengan perkembangan semasa negara bagi memastikan usaha-usaha yang dilaksanakan dapat dilaraskan mengikut keperluan rakyat. Semoga kemas kini fungsi ini dapat memberi kebaikan kepada seluruh warga Selangor menjalani kehidupan seharian dengan lebih selamat dan mudah.

#KitaSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.