SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU (2022)

Merafak Sembah Setinggi Tinggi Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Semoga Allah SWT lanjutkan usia dan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Doa dipanjat ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa dilimpahi keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan Kerajaan Persekutuan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua.
Sembah takzim daripada Kerajaan Negeri serta seluruh rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.
Daulat Tuanku!
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor