Suara

Peristiwa
14/1/22
Isu
Selangor

Selamat Menyambut Pesta Ponggal 2022

Hari ini masyarakat India khususnya Tamil di seluruh dunia akan berasa gembira kerana ianya permulaan bulan Thai atau 'Thai Maatham' iaitu tahun baru dalam kalendar masyarakat Tamil. Pada hari ini juga, Hari Ponggal turut disambut. Hari Ponggal menandakan sambutan musim menuai serta menandakan rasa kesyukuran merayakan kejayaan dan kemakmuran yang melimpah ruah.

Tahun lalu kita diuji dengan pelbagai cabaran. Kes COVID-19 yang tinggi serta musibah banjir telah menguji ketahanan dan kekuatan rakyat serta negeri ini. Selangor terus maju dan kental, kerana semangat rakyatnya yang tidak mengaku kalah.

Semoga tahun ini negeri dan rakyat Selangor akan bangkit semula agar kemakmuran dan kejayaan yang kita kecapi selama ini akan terus bertambah.

Selamat Menyambut Hari Ponggal
அனைவருக்கும் இனிய தைப்பொங்கல் நல்வாழ்த்துக்கள்.

Anaivarukkum Iniya Pongal Valthukkal Tamil kepada seluruh komuniti Hindu di Negeri Selangor.

#SelangorBangkit

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.