Selamat menyambut perayaan Wesak
Mewakili seluruh warga rakyat Negeri Selangor, saya ingin ucapkan selamat menyambut perayaan Wesak buat semua penganut agama Buddha di Selangor dan seluruh Malaysia.
Hari Wesak adalah perayaan agung yang mengingati kelahiran Gautama Buddha ke dunia ini. Ajaran Buddha yang sentiasa mengutamakan keamanan dan keharmonian sebagai asas kehidupan adalah amat bertepatan dengan dunia yang kini dihimpit pelbagai konflik.
Semoga perayaan Hari Wesak diraikan dengan penuh meriah dan gembira di kalangan para penganut Buddha seluruh dunia.
Selamat Hari Wesak.
.jpg)
No items found.


