Inisiatif

Peristiwa
20/10/25
Isu

Selamat menyambut perayaan Deepavali.

Mewakili seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, saya ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada semua rakyat Selangor yang meraikannya.

Deepavali di Selangor merupakan satu perayaan yang dinanti-nantikan, terutamanya bagi komuniti Hindu dan Sikh. Ianya keraian agung yang merupakan peringatan simbolik mengenai mengatasi kejahatan dengan kebaikan.

Dalam masyarakat Selangor pula, ianya menjadi sebuah jambatan budaya yang mengukuhkan perpaduan, harapan serta kesejahteraan kita sebagai satu komuniti.

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin terhadap keperluan dan kebajikan masyarakat India dan dalam semangat menyambut perayaan Deepavali, sebanyak 22,000 Baucar Jom Shopping Perayaan telah diagihkan kepada penerima di seluruh negeri.

Semoga sambutan Pesta Cahaya tahun menyinarkan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan di dalam kehidupan mereka yang menyambutnya.

En Iniya Deepavali Nal Vaalthukkal!

#Deepavali2025 #KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.