Suara

Peristiwa
22/3/20
Perayaan

Selamat Menyambut Israk & Mikraj

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

(Surah Al Isra’ ayat 1)

Peristiwa Israk dan Mikraj ini signifikan dengan perintah menunaikan ibadah solat. Ibadah ini diperintahkan oleh Allah S.W.T, dengan menjemput Rasulullah S.A.W sendiri datang mengadap-Nya di Arasy, bukan dengan mengutuskan malaikat Jibril a.s untuk menyampaikannya ke dunia, seperti mana perintah menunaikan ibadah puasa, zakat dan haji.
Status ibadah solat, disisi Allah S.W.T adalah perkara utama dalam ibadah. Dengan berdirinya solat, maka tegaklah agama. “Solat itu tiang agama”- (Hadis Riwayat Baihaqi)

Israk Mikraj kali ini tiba di kala dunia ditimpa musibah wabak Covid-19. Marilah bersama-sama kita hayati makna peristiwa Israk Mikraj di mana ibadah solat dianugerahkan dan makna sebalik solat sebagai satu bentuk memohon pertolongan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan bersabar dan mengerjakan solat, kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153)

Semoga rakyat Malaysia diberi kekuatan dan perlindungan menghadapi musibah ini dengan sabar.

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.