Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Alhamdulillah, kita ditemukan dengan hari kemenangan setelah sebulan umat Islam menjalani bulan Ramadan. 1 Syawal disambut bukan sahaja setelah berpuasa, tetapi juga untuk menginsafi segala kekurangan kita sebagai hamba Allah SWT.
Mewakili pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam di negeri Selangor Darul Ehsan yang tercinta dan tidak lupa buat seluruh Malaysia.
Dalam kemeriahan perayaan Aidilfitri kali ini, jangan kita lupakan kepada mereka yang memerlukan dan raikan hari gembira ini dengan berkongsi seadanya.
Saya doakan agar sambutan Aidilfitri dan bulan Syawal 1447H membawa keakraban, kemaafan serta pembaharuan rohani. Insya-Allah, keharmonian yang kita nikmati setiap hari ini terus berkekalan, malah dirahmati-Nya sentiasa.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.




