Suara

Peristiwa
28/1/21

Selamat Hari Thaipusam

Perayaan Thaipusam adalah satu sambutan yang sering dinanti-nanti oleh penganut agama Hindu saban tahun. Sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan Sungai Tua (Batu Caves), Thaipusam akan diraikan dengan cukup meriah dan gemilang.

Namun tahun ini, akibat pandemik COVID-19, sambutan Thaipusam tidak diraikan seperti sebelumnya. Norma baharu dan bilangan kes yang tinggi menuntut agar kita duduk di rumah. Walaupun begitu, Thaipusam masih kekal sarat dengan tradisi dan sejarah yang harus kita hormati dan raikan bersama.

Saya berharap agar semua masyarakat komuniti India mengambil langkah berwaspada dan mematuhi SOP yang telah digariskan. Kita harus berusaha bersama-sama untuk memutuskan rantaian wabak ini agar perayaan Thaipusam dapat disambut dengan meriah nanti.

#KitaSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.