Inisiatif

Peristiwa
1/12/21
Isu
Selangor

Selamat Hari AIDS Sedunia 2021

Hari AIDS Sedunia disambut setiap tahun pada 1 Disember  bagi meluaskan kesedaran mengenai jangkitan HIV dan langkah-langkah pencegahan serta rawatan. Ini juga adalah sebahagian ke arah mengakhiri AIDS pada tahun 2030. Tema hari AIDS Sedunia 2021 adalah End Inequalities, End AIDS yang bertujuan untuk membuang ketidaksamarataan terhadap pembawa virus HIV.

Marilah kita bersama memupuk kesedaran dalam masyarakat pelbagai peringkat mengenai keperluan memainkan peranan sebagai pemimpin di peringkat masing-masing dalam usaha untuk menangani AIDS.

Selamat memperingati Hari AIDS Sedunia 2021.
Akhiri ketidaksamarataan, akhiri AIDS.

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.