Saya ke Singapura minggu ini atas jemputan Kerajaan Singapura
Saya ke Singapura minggu ini atas jemputan Kerajaan Singapura berkenaan keterlibatan program Fellowship S.R. Nathan yang membawa pemimpin-pemimpin dari serata dunia bertukar pendapat dan mendapat pandangan yang lebih mendalam mengenai polisi awam, rangka kerja pentadbiran dan pelbagai hal berkenaan.
Terima kasih Economic Development Board (EDB) dan Enterprise Singapore (EnterpriseSG) yang menganjurkan lawatan ini, tidak lupa Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Singapura.
Saya kemudian bersama rakan-rakan lain pergi bertemu menteri-menteri di Singapura, membincangkan pelbagai hal bagaimana Selangor dapat belajar daripada sistem-sistem yang diterapkan serta peluang agar Malaysia dan Singapura dapat menjadi pintu ke ASEAN yang serba lengkap dan mudah.
Saya juga meluangkan masa bertemu diaspora rakyat Malaysia di Singapura, bertanya khabar dan bertukar kata.
Terima kasih buat semua yang menjemput saya serta barisan wakil Kerajaan Selangor. Ianya satu pengalaman yang amat bermanfaat bagi kami semua, insya-Allah.



