Inisiatif

COVID-19
8/4/20
Isu
Selangor
Bantuan
Saringan

Saringan Covid-19 Besar-besaran di Lokasi Terpilih Sekitar Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ingin saya kongsikan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) akan menjalankan saringan wabak secara besar-besaran di beberapa lokasi terpilih bermula Jumaat ini, 10hb April 2020.Seramai 1,000 hingga 1,200 orang disasar menjalani ujian berkenaan susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Strategi STCF 19 adalah untuk menambah jumlah ujian saringan berdasarkan lokasi yang akan diputuskan namun beberapa kawasan telah dikenal pasti untuk melakukan ujian ini atas nasihat Jabatan Kesihatan Selangor. Semakin banyak ujian saringan perlu dibuat agar kita dapat mengesan lebih ramai orang bagi memastikan rantaian Covid-19 diputuskan.

Untuk pengetahuan Rakyat Selangor, penubuhan STFC membantu melengkapkan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menghadapi penularan Covid-19 di negara ini. Pasukan petugas ini menggariskan beberapa panduan untuk kegunaan premis-premis perniagaan di negeri ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hal ini mustahak dan mereka perlu mematuhi kriteria supaya dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di premis yang beroperasi.

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.