Suara

Peristiwa
13/12/20
Selangor
Bantuan

Sarapan di Warung Mat Rock

Bersarapan pagi bersama warga DUN Sungai Tua di Warung Mat Rock. Keistimewaan Warung Mat Rock menyajikan pelbagai jenis nasi lemak berlauk yang enak dengan harga RM 1 sahaja.

Di kala ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sehingga ada yang kehilangan pekerjaan dan kurang pendapatan, saya bersyukur masih ramai para peniaga dan peniaga kecil yang tidak menaikkan harga barang jualan terutamanya makanan dan minuman agar lebih ramai yang boleh menerima manfaat. Semoga peniaga dan pemilik warung yang bermurah hati ini terus dimurahkan rezeki dan diluaskan perniagaannya.

Di samping itu, Kerajaan Negeri turut melaksanakan Program Pinjaman Niaga Darul Ehsan (NADi) di mana pinjaman mikro kredit diberikan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan tanpa perlu mempunyai premis. Pinjaman yang ditawarkan adalah serendah RM 1000 hingga RM 3000. Semoga program ini akan mengalakkan para peniaga kecil untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.