Santapan Pagi Raja Muda Selangor Di Wak Dol Kitchen, Padang Jawa
Menjunjung kasih DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang berkenan mencemar duli bersarapan pagi di Wak Dol Kitchen, Padang Jawa sempena Program Gagasan Rumpun Selangor 2026. Turut hadir YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini yang bersama-sama memeriahkan program ini.
Alhamdulillah, DYTM Tuanku bersantap lontong kuah lodeh bersama sambal sotong, lempeng sambal bilis, nasi lemak dan ayam goreng yang famous di Wak Dol Kitchen ini. Rakyat jelata amat gembira dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor yang berkenan menyantuni mereka.
Menjunjung kasih Tuanku sudi bersama-sama warga Padang Jawa pagi ini. Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuh demi membina Selangor yang lebih sejahtera.







No items found.



