Inisiatif

Peristiwa
14/12/25
Isu
Selangor
Negara

Sambutan Perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor 2025

Dua minggu lagi seluruh penganut Kristian akan menyambut perayaan Krismas. Hari ini di One Utama, Kerajaan Negeri Selangor meraikan warga Selangor yang menyambut perayaan Krismas dalam suasana meriah, dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum dan latar belakang.

Kepelbagaian ini adalah kekuatan Selangor yang menjadi asas kepada keharmonian, persefahaman dan kehidupan bersama yang terus dipelihara selaras prinsip Kita Selangor, Maju Bersama.

Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa kepelbagaian ini merupakan satu kekuatan, bukan kelemahan. Perbezaan bahasa, budaya dan kepercayaan seharusnya menjadi jambatan untuk saling memahami, bukan garis pemisah. Tiada tempat untuk ekstremis yang meniupkan api perkauman dan kebencian di Selangor.

Kerajaan Negeri terus komited memastikan tiada sesiapa yang tercicir. Pada tahun hadapan, peruntukan kepada 5 agama utama selain Islam akan ditingkatkan daripada RM6 juta kepada RM8 juta. Tahun ini sahaja, sebanyak RM442,500 telah disalurkan kepada gereja-gereja di Selangor, manakala RM71,000 diperuntukkan kepada persatuan gereja bagi menyokong program serta penambahbaikan prasarana.

Semoga semangat memberi, refleksi dan keamanan yang dibawa oleh perayaan Krismas ini terus mengukuhkan iltizam kita untuk membina masa depan bersama yang lebih makmur dan sejahtera.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, saya mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada seluruh penganut Kristian di Selangor. Semoga tahun 2026 membawa sinar harapan dan kebaikan buat kita semua.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.