Inisiatif

Peristiwa
15/12/25
Isu
Selangor

Sambutan Perayaan Hari Krismas Peringkat Parlimen Gombak

Malam semalam, saya menghadiri Majlis Sambutan Hari Krismas Peringkat Parlimen Gombak di Selayang Baru, bersama masyarakat setempat dalam suasana penuh harmoni dan muhibah.

Sambutan ini melambangkan kematangan masyarakat majmuk di Selangor yang terus hidup dalam semangat saling menghormati, toleransi dan kebersamaan. Nilai-nilai sejagat yang dibawa oleh Hari Krismas seperti kasih sayang, pengorbanan, kedamaian dan harapan merupakan asas penting dalam membina sebuah masyarakat yang aman dan berperikemanusiaan.

Kerajaan Negeri Selangor kekal komited memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dipelihara tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang, selari dengan gagasan Malaysia MADANI. Kepelbagaian yang kita miliki bukanlah pemisah, sebaliknya kekuatan yang terus menyatukan kita sebagai satu keluarga besar Selangor.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, kepimpinan gereja, pemimpin komuniti serta para sukarelawan yang telah menjayakan majlis ini.

Selamat Hari Krismas kepada seluruh penganut Kristian di Parlimen Gombak.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kedamaian dan harapan baharu, serta terus mengukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

#KitaSelangor

#Gombak

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.