Inisiatif

Peristiwa
10/5/26
Isu
Selangor
Negara

Sambutan Chittirai Puthandu 2026 DUN Sentosa

Meraikan sambutan Chittirai Puthandu bersama masyarakat India di SJK(T) Taman Sentosa, Klang dalam suasana penuh warna-warni, muhibah dan semangat kebudayaan yang cukup membanggakan.

Pelbagai warisan tradisi masyarakat India dipersembahkan sepanjang program ini dan banyak yang saya pelajari tentang tarian kebudayaan seperti Kolattam, Karagattam, Mayilattam dan Poikkal Kuthirai Aattam, selain pameran makanan tradisional, rempah-ratus, alat muzik serta seni budaya yang menjadi identiti dan khazanah turun-temurun masyarakat India di negara ini.

Saya turut menyambut baik cadangan YB Dr. Gunaraj George untuk mewujudkan sebuah pusat kebudayaan bagi memelihara, mendokumentasi dan memperkasakan warisan seni serta budaya masyarakat India dan kaum-kaum yang lain agar terus subur dan diwarisi generasi akan datang. Usaha seperti ini amat penting supaya kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan Selangor terus dipertahankan.

Dalam majlis yang sama, turut dilancarkan inisiatif Roda Harapan Anak Sentosa yang memfokuskan kepada bantuan mobiliti pendidikan dan sokongan kepada keluarga yang memerlukan demi memastikan anak-anak mendapat akses pendidikan yang lebih baik.

Selangor akan terus menjadi negeri yang meraikan kepelbagaian, memperkukuh perpaduan dan mengangkat warisan budaya semua kaum sebagai asas kekuatan masyarakat kita.

Selamat menyambut Chittirai Puthandu kepada seluruh masyarakat India.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.