Suara

Artikel
11/3/21
Isu
Selangor

Salam Israk Mikraj 1442H

“Maha suci Allah SWT yang menjalankan hamba-Nya (Nabi Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang diberkati sekelilingnya, bagi menunjukkan bukti kebesaran Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Al-Isra’: 1)

Peristiwa Israk Mikraj adalah satu detik yang amat penting kepada semua umat Islam. Junjungan Besar Muhammad SAW  diangkat ke langit serta menerima arahan Allah SWT mengenai pelaksanaan ibadah solat adalah bukti kekuasaanNya.

Marilah kita menghayati tarikh bersejarah 27 Rejab ini dengan penuh keinsafan. Kedatangan Israk Mikraj juga menandakan kita semakin dekat dengan Bulan Syaaban dan menghampiri Ramadan. Semoga kita dipertemukan dengan Ramadan, InsyaAllah.

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.