Inisiatif

Peristiwa
21/12/21
Isu
Selangor
Bantuan
Banjir

RUMUSAN SIDANG MEDIA KHAS SITUASI BANJIR DI SELANGOR

Sebuah sidang media khas mengenai situasi banjir di Selangor telah diadakan pada 21 Disember 2021. Antara rumusan yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu mangsa serta ahli keluarga mereka yang terkesan dengan banjir adalah:

1. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 100 juta Ikhtiar Selangor Bangkit di mana RM 20 juta bagi operasi pembersihan dan pemulihan manakala RM 80 juta bagi pembinaan semula infrastruktur.

2. Kerajaan Negeri menyumbang RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa banjir yang terkorban di Selangor.

3. Kerajaan Negeri bersetuju memberi pengecualian bayaran balik pinjaman bagi peminjam dan usahawan HIJRAH yang terkesan dengan bencana banjir. Implikasi kewangan adalah RM 15 juta.

4. Kerajaan Negeri bersetuju memberi pengecualian bayaran bil air selama sebulan kepada semua akaun-akaun yang terkesan dengan banjir.

5. Menubuhkan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit dan mengalu-alukan sumbangan dari syarikat swasta, korporat dan GLC serta individu. Sebagai permulaan, Menteri Besar Selangor menyumbang satu bulan gaji kepada tabung ini.

6. Juga, bantuan kewangan sebanyak RM1,000 buat setiap keluarga mangsa banjir.

Sepanjang Operasi Mencari dan Menyelamat, sebanyak 453 jentera dan kenderaan daripada pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan seperti Angkatan Pertahanan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, RELA.

Muat turun kenyataan rasmi Sidang Media Khas Situasi Banjir di Selangor di sini

Semoga semua usaha bantuan ini dapat memulihkan kembali keadaan dan kehidupan mereka yang terkesan dengan musibah besar ini. Terima kasih buat para pihak awam yang turut membantu mereka yang ditimpa kesusahan dalam apa jua sekalipun.

#SelangorBangkit

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.