Inisiatif

COVID-19
4/7/20
Isu
Selangor
Aktiviti Sg Tua
Peneroka

Rumah SelangorKu di Kampung Seri Temenggung, Batu Caves

Alhamdulillah 29 orang peneroka di Kampung Seri Temenggung telah menerima surat tawaran Rumah Selangorku. Ini adalah kegembiraan yang dinanti-nanti oleh mereka setelah kemelut yang berpanjangan sejak dari zaman pentadbiran Barisan Nasional lagi.

Saya mengikuti dengan dekat dan telah menemui para peneroka bagi mendengar dan berusaha menyelesaikan masalah mereka sejak sebelum menjadi wakil rakyat Batu Caves lagi iaitu sejak lebih dari 10 tahun dahulu. Ternyata usaha itu membuahkan hasil dengan riak wajah riang serta air mata kegembiraan para peneroka pada 27 Jun lalu.

Unit-unit rumah yang ditawarkan di bawah inisiatif Rumah Selangorku adalah jauh lebih murah dari harga pasaran dan keluasannya juga ditambah untuk keselesaan para peneroka asal Kg. Seri Temenggung.

Rumah SelangorKu bukan sekadar inisiatif untuk menawarkan kediaman hari ini, malah satu aset yang akan lebih bernilai pada masa depan.

Kami di Kerajaan Selangor merasa bangga dapat berbakti kepada peneroka-peneroka asal Kg. Seri Temenggung yang telah lama menantikan peluang memiliki rumah sebegini. Sudah tentu, kami akan terus berkhidmat demi kebahagiaan dan kesejahteraan seluruh warga Selangor.

#SelangorMajuBersama
__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.