Inisiatif

Peristiwa
11/6/26
Isu
Selangor

Roundtable & Fireside Chat di ISEAS-Yusof Ishak Institute

Saya berbesar hati dijemput untuk menyertai sesi Roundtable & Fireside Chat di ISEAS-Yusof Ishak Institute, sebuah institusi penyelidikan terkemuka yang memberi tumpuan kepada perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Asia Tenggara.

Dalam sesi yang berlangsung secara santai ini, saya berkongsi pandangan mengenai peranan Malaysia dan Singapura dalam memperkukuh kedudukan ASEAN agar terus relevan dan signifikan di mata dunia, di samping memastikan manfaat pertumbuhan serantau dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.

Sebagai dua ekonomi yang saling berkait rapat, Malaysia dan Singapura mempunyai tanggungjawab untuk terus memacu kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, keterjaminan makanan, peralihan tenaga, pembangunan bakat dan ekonomi digital. Dalam suasana geopolitik global yang semakin mencabar, ASEAN perlu kekal bersatu, pragmatik dan berpaksikan kepentingan rakyat.

Saya turut berpeluang menjawab pelbagai soalan daripada para peserta yang terdiri daripada ahli akademik, penyelidik, pembuat dasar dan pemerhati serantau. Antara topik yang dibangkitkan termasuklah kebajikan rakyat, pembangunan sosioekonomi, sukan, landskap politik semasa serta hala tuju Malaysia dan Selangor dalam mendepani cabaran masa hadapan.

Turut disentuh ialah pandangan saya bahawa ASEAN boleh mengukuhkan kerjasama sebagai satu blok khusus dengan cadangan mewujudkan satu sistem perdagangan yang seragam, penggunaan matawang yang sama, perkongsian sumber manusia, sumber alam serta tenaga, serta bentuk kerjasama lain yang boleh mengangkat ASEAN sebagai satu blok ekonomi serantau yang kukuh dan makmur.

Sebelum mengakhiri lawatan, saya sempat meninjau perpustakaan dan kedai buku institut ini. Sudah menjadi kebiasaan saya, kalau masuk kedai buku, memang sukar untuk keluar dengan tangan kosong.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sdr. Ng Chee Khern, Pengarah and CEO of ISEAS – Yusof Ishak Institute, serta Dr. Lee Hwok Aun, Senior Fellow, Malaysia Studies Programme, atas kesudian menganjurkan dan memudah cara program ini. Saya amat menghargai layanan mesra serta ruang yang diberikan untuk bertukar pandangan mengenai masa depan Malaysia, Singapura dan ASEAN.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.