Riang Ria Aidilfitri di Rumah Pangsa AU2 Keramat
Malam semalam, saya berkesempatan memenuhi jemputan ke Riang Ria Aidilfitri di Rumah Pangsa AU2 Keramat, anjuran Persatuan Sukan & Rekreasi Komuniti Keramat. Suasana cukup meriah dengan pelbagai juadah raya seperti lemang, satay, kuih-muih dan banyak lagi. Cabutan bertuah pun ada! Alhamdulillah, semoga kemeriahan ini terus menyemai semangat kebersamaan dan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.




