Inisiatif

Peristiwa
19/3/26
Isu
Selangor
Negara

Rewang Raya Last Corner

Alhamdulillah, setibanya saya dari Tanah Suci Mekah, saya menyertai anak-anak muda dalam program Rewang Raya Last Corner anjuran AMK Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.

Alhamdulillah telah tersedia rendang ayam, lemang serta nasi himpit yang disiapkan secara rewang.

Juadah yang disediakan kemudiannya saya edarkan malam ini kepada petugas barisan hadapan dan agensi termasuk KDEB ICI, Balai Bomba & Penyelamat Bukit Jelutong, Jabatan Penjara Sungai Buloh, LRA North Hummock, Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan AKPS Pelabuhan Klang sebagai tanda penghargaan atas khidmat mereka.

Semoga usaha ini membawa kegembiraan menjelang Syawal serta menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam masyarakat.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.