Inisiatif

Terkini
30/12/20
Isu
Selangor
Belanjawan Selangor 2021

Rejuvenasi Pertanian Selangor Menerusi Digitalisasi

Evolusi pertanian yang bermula daripada bercucuk tanam kini telah berkembang kepada pengaplikasian kaedah fertigasi, akuakultur dan dron. Penggunaan teknologi digital seperti Internet of Things (IoT), Big Data Analytics (BDA) dan Artificial Intelligence (AI) mula digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Selangor juga sedang giat memodenkan pertanian supaya tanah yang terhad mampu menghasilkan pulangan berkualiti yang lumayan. Sebanyak RM26.4 juta diperuntukkan dalam Belanjawan Selangor 2021 bagi menggalakkan teknologi fertigasi, hidroponik, nutrient film technique (NFT), plant factory, teknologi persekitaran terkawal dan akuaponik.

Penggunaan IoT juga akan dititikberatkan supaya sektor pertanian tidak ketinggalan daripada Revolusi Industri 4.0. Walaupun tanah pertanian bagi tujuan pengeluaran makanan hanya merangkumi 12% daripada keseluruhan jumlah tanah Selangor, strategi ini bakal menjamin kelangsungan keselamatan makanan di negeri ini.

#SelangorMajuBersama

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.