Inisiatif

Peristiwa
Isu
Selangor
Negara

Reformasi sistem penyampaian yang membantu rakyat

Cabaran paling besar anak muda sebelum masuk dunia kerja adalah kurangnya pengalaman dan elaun latihan amali yang terlalu rendah. Ramai hanya dibayar RM800 - RM900 dan tidak setimpal dengan kos hidup yang terus meningkat khususnya di bandar.

Mulai tahun depan, Belanjawan Selangor 2026 memastikan latihan amali dalam agensi Kerajaan Negeri, anak syarikat dan pejabat ADUN dibayar elaun RM1,500 sebulan. Melalui Selangor Programme for Aspiring, Ready, and Knowledgeable Talents (SPARK), 500 anak muda Selangor akan menerima sokongan ini bagi memulakan kerjaya dengan lebih yakin.

Kita juga memperkukuh barisan hadapan kesihatan melalui Program Selangor Frontliner Apprenticeship (SELFA) yang menawarkan pembiayaan untuk Diploma Kejururawatan, Fisioterapi, Pengimejan Perubatan dan Teknologi Makmal di UNISEL. Dengan pembiayaan terjamin serta peluang kerja di Hospital Selgate, masa depan lebih terjamin.

Untuk memastikan akses pendidikan terus terbuka, Kerajaan Negeri turut menanggung 50% yuran pengajian untuk 4,000 anak Selangor di UIS dan UNISEL. Sebanyak RM17.378 juta diperuntukkan demi pendidikan tinggi berkualiti

Inilah intipati reformasi sistem penyampaian yang membantu rakyat bermula dari bangku pengajian, memudahkan perjalanan kerjaya serta memastikan setiap usaha anak Selangor mendapat sokongan yang adil, mampan dan penuh harapan.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.