Pusat Data & Wilayah Awan Google akan dibina di Elmina
Sekitar pertengahan tahun lepas, saya berkongsi satu berita baik iaitu tentang pelaburan Google di mana sebuah Pusat Data & Wilayah Awan Google akan dibina di Elmina yang melibatkan pelaburan sebanyak USD2 bilion atau RM9.4 bilion.
Alhamdulillah, ini merupakan pusat Google yang pertama sebegini di Malaysia. Pelaburan ini bukan sahaja melengkapi ekosistem industri digital negara, malah sebanyak 26,500 peluang pekerjaan bakal terwujud menjelang 2030.
Insya-Allah, kita jangka sumbangan ekonomi dari pelaburan ini sahaja mampu mencecah sehingga USD3.2 bilion. Sudah tentu akhirnya yang bakal menikmati manfaat ini adalah rakyat Malaysia khususnya penduduk negeri ini.
