Suara

Artikel
30/11/20
Isu
Selangor

Purata Kes Kecemasan Pencemaran Sumber Air Selangor 2020

Sepanjang tahun ini, sebanyak 21 kes pencemaran sumber air yang berjaya dikesan dan berisiko mengakibatkan henti tugas loji rawatan air (LRA) di Selangor.

Kerajaan Negeri telah berjaya menyahcemar dan menyelesaikan 13 kes pencemaran tanpa mengakibatkan daripada berlakunya gangguan bekalan air. Namun sebahagian kecil tidak dapat dielakkan. Salah satu kekangan utama adalah pencemaran bau tidak mempunyai teknologi untuk mengesan dan bergantung kepada bau dari hidung manusia semata-mata.

Belanjawan Selangor 2021 telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi menyelesaikan masalah ini. Menerusi strategi jangka pendek serta jangka panjang, Kerajaan Negeri bermatlamat untuk memastikan sumber bekalan air sentiasa dipelihara.

#SelangorMajuBersama

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.