Inisiatif

Peristiwa
13/3/25
Isu
Selangor
Negara

Pulau Indah Power Plant (PIPP) kini telah beroperasi secara komersial!

Alhamdulillah, menerima khabar gembira daripada Datin Paduka Norazlina Zakaria, GCEO Worldwide Holdings Berhad (WHB) bahawa Pulau Indah Power Plant (PIPP) kini telah beroperasi secara komersial!

Tepat jam 12 tengah malam pada 1 Mac 2025, PIPP secara rasmi memasuki fasa operasi komersial. Ini merupakan satu kejayaan besar buat WHB dan seluruh pasukan PIPP, hasil kerja keras dan dedikasi semua pihak.

Tahniah kepada pasukan PIPP dan WHB atas kerja keras sepanjang empat tahun ini. Dengan pencapaian ini, PIPP kini bersedia menerajui masa depan tenaga yang lebih mampan. Insya-Allah, projek ini dijangka menjana RM1.6 bilion pada tahun depan.

Semoga kejayaan ini membawa lebih banyak manfaat untuk negeri dan rakyat.

#KitaSelangor

May be an image of 12 people, the Panama Canal and text
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.