Inisiatif

Polisi
8/10/21
Isu
Selangor
Pakej Kita Selangor 2.0
Belanjawan Selangor 2021

Projek Tebatan Banjir di Selangor

Sebanyak 78 buah projek dengan peruntukan RM425.23 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) telah disiapkan, manakala terdapat 98 projek telah diluluskan melalui Rancangan Malaysia Keduabelas (RMKe-12) dengan peruntukan RM533 juta.

Bagi projek di bawah RMke-12, sejumlah RM440 juta telah disalurkan dan satu daripada 98 projek telahpun dilaksanakan iaitu projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Buloh Fasa 1.

Untuk mengatasi isu perubahan iklim dan menangani kejadian banjir yang berulang di Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) telah membuat permohonan tambahan sejumlah RM1.3 bilion. Permohonan ini adalah untuk melaksanakan 5 lagi lokasi projek di Selangor.

#KitaSelangor

__

Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.