Inisiatif

Peristiwa
13/10/25
Isu
Selangor
Negara

Projek mitigasi banjir di seluruh Selangor

Bagi projek mitigasi banjir di seluruh Selangor, sebanyak RM4 bilion telah diperuntukkan dengan RM3.5 bilion disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan tambahan RM500 juta daripada Kerajaan Negeri sendiri. Ini bukti kesungguhan kita melindungi rumah, harta benda dan keselamatan rakyat Selangor.

Pasukan teknikal aktif turun padang untuk menilai punca banjir dan memastikan projek-projek tertangguh dapat selesai segera. Kawasan-kawasan kritikal seperti Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Kuala Selangor, Kajang, Selayang dan Sepang antara lokasi berisiko banjir yang sudah dilawati.

Pelaksanaan projek mitigasi seperti pembinaan kolam takungan, penaiktarafan sistem saliran dan pemulihan sungai dapat meningkatkan daya tahan bandar dan mengurangkan risiko bencana. Pada masa sama, akan melindungi ekonomi Selangor yang menjadi nadi industri dan perdagangan negara.

Setiap yang dilaburkan hari ini adalah demi kesenangan masa depan agar Selangor sebagai negeri maju, selamat dan makmur, walau apa jua cabaran cuaca yang mendatang.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.