Inisiatif

Peristiwa
28/12/25
Isu
Selangor
Negara
Gombak

Projek Mesra Rakyat & Sumbangan Prihatin Parlimen Gombak

Saya berbesar hati merasmikan Projek Mesra Rakyat Parlimen Gombak di Padang Taman Selaseh Fasa 2, Batu Caves. Projek bernilai RM230,000 ini dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan, melibatkan naik taraf gelanggang serbaguna serta pembinaan bumbung supaya kemudahan riadah di sini lebih selesa dan boleh dimanfaatkan semua, insya-Allah.

Saya juga menyampaikan Sumbangan Prihatin melalui Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Gombak Setia kepada 35 penerima. Ia merangkumi baucar RM100 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada 10 pelajar sekolah, serta bantuan untuk 25 penerima melalui Pusat Khidmat DUN Gombak Setia.

Moga ikhtiar berterusan Kerajaan Negeri bersama pihak berkuasa tempatan ini terus memberi manfaat dan menguatkan kesejahteraan komuniti setempat.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.