Projek Mesra Rakyat hasil inisiatif Pejabat Parlimen Gombak
Saya seterusnya turun padang meninjau Projek Mesra Rakyat hasil inisiatif Pejabat Parlimen Gombak dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan sokongan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), melibatkan kerja-kerja menaik taraf Padang AU3 dengan kos sekitar RM300,000.
Inisiatif ini bertujuan menghidupkan semula fungsi padang bola sepak komuniti sebagai ruang riadah, pembinaan sahsiah serta bakat sukan anak-anak setempat. Padang ini juga menyimpan memori tersendiri apabila pernah melahirkan pemain bola sepak ternama, termasuk bekas penjaga gol Selangor, Azlisham @ Boy.
Kerajaan Negeri komited memastikan kemudahan awam seperti ini terus diperkasa agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat, khususnya golongan belia, selari dengan semangat Kita Selangor, Maju Bersama.









