Inisiatif

Peristiwa
20/3/26
Isu
Selangor
Negara

Program Singgah Syawal di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia(AKPS) Pelabuhan Klang

Lokasi terakhir malam semalam membawa saya ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, AKPS, di Pelabuhan Klang sempena Program Singgah Syawal.

Dalam kunjungan ini, saya berpeluang menyantuni kira kira 50 anggota yang sedang bertugas serta menyampaikan sedikit juadah sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan pengorbanan mereka menjaga pintu masuk negara. Turut menyambut ketibaan ialah Datuk Nik Ezanee Mohd, Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang.

Alhamdulillah, berakhir sudah enam lokasi kunjungan malam semalam bersama rakyat dan para petugas yang terus setia melaksanakan amanah. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga semua urusan dipermudahkan dan setiap khidmat yang dicurahkan diberi ganjaran sebaiknya.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.