Inisiatif

Peristiwa
8/10/26
Isu
Selangor
Negara

Program Sekolah Parlimen - Dialog Bersama Pelajar PPD Gombak

Usai program pagi ini di Shah Alam, saya ke Parlimen untuk bertemu dan berdialog dengan 60 orang pelajar daripada 30 buah sekolah di daerah Gombak menerusi Program Sekolah Parlimen siri ke-45.

Sekolah Parlimen merupakan inisiatif Parlimen Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah untuk mengenali peranan institusi Parlimen dan memahami amalan demokrasi berparlimen dengan lebih dekat.

Dalam sesi ini, saya turut menjelaskan fungsi dan tanggungjawab Parlimen serta tugas Ahli Parlimen dalam mewakili suara rakyat, membahaskan dan menggubal undang-undang serta menyemak dasar dan tindakan kerajaan.

Bagi saya, pendedahan sebegini penting untuk memupuk pemikiran kritis, keberanian menyuarakan pandangan dan sikap menghormati perbezaan pendapat. Suara serta aspirasi generasi muda perlu diberi ruang kerana mereka turut mempunyai peranan dalam mencorakkan masa depan negara.

Semoga pengalaman ini menyemarakkan minat anak-anak Gombak untuk terus menimba ilmu, mengasah bakat kepimpinan dan membesar sebagai warganegara yang celik demokrasi, berintegriti serta bertanggungjawab.

‍

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.