Inisiatif

Peristiwa
31/8/26
Isu
Selangor
Negara

Program Mesra Rakyat Parlimen Gombak Peringkat DUN Gombak Setia 2026

Biasanya saya ke SMK Sungai Pusu untuk penamaan calon, tapi kali ini lain sedikit, saya bersama warga Gombak dalam Program Mesra Rakyat Parlimen Gombak Peringkat DUN Gombak Setia 2026 di Dewan Mutiara Bestari di sini.

Program ini menghimpunkan lebih 30 reruai daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), menawarkan pelbagai perkhidmatan secara terus kepada masyarakat. Antaranya saringan kesihatan, bantuan kemasyarakatan, JobCare oleh PERKESO, TVET, Jualan Ehsan Rahmah (JER), jualan komuniti serta pelbagai aktiviti pendidikan, sukan dan e-sukan untuk seisi keluarga.

Lebih-lebih lagi bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-69, program sebegini mencerminkan semangat kebersamaan apabila agensi kerajaan, NGO dan masyarakat dapat berhimpun serta bekerjasama dalam satu ruang demi kepentingan rakyat.

Kejayaan program sebegini bukan diukur daripada kemeriahan atau jumlah kehadiran semata-mata. Yang lebih penting ialah hasilnya. Berapa ramai mendapat peluang pekerjaan, menerima rujukan kebajikan, menjalani pemeriksaan kesihatan, mendapat akses kepada peluang dan bantuan serta berapa banyak permasalahan rakyat berjaya dibawa kepada tindakan susulan.

Inilah juga semangat yang mahu kita terapkan, kerajaan bukan sekadar sebuah institusi pentadbiran, tetapi kawan rakyat yang mendengar, memahami realiti di lapangan dan bertindak.

Gombak adalah amanah dan tanggungjawab saya. Insya-Allah, saya akan terus turun mendekati masyarakat dan memastikan setiap usaha yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat serta meninggalkan kesan kepada kehidupan rakyat.

‍

‍

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.