Inisiatif

Peristiwa
8/10/26
Isu
Selangor
Negara

Program Jelajah Sejahtera MADANI – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 3.0

Alhamdulillah, hari ini saya merasmikan Program Jelajah Sejahtera MADANI – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 3.0 di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam.

SIKR berfungsi sebagai perlindungan sosial, kesihatan dan kebajikan keluarga miskin serta miskin tegar. Dengan peruntukan RM20 juta, SIKR 3.0 menyediakan perlindungan selama 12 bulan kepada 250,000 ketua isi rumah yang berdaftar dalam sistem eKasih. Perlindungan bagi musibah seperti kematian, kemalangan dan hilang upaya kekal ini penting untuk membantu meringankan beban keluarga ketika berdepan saat sukar.

Di Selangor, sebanyak 15,151 ketua isi rumah dilindungi menerusi SIKR 3.0. Usaha ini meneruskan perlindungan yang diberikan kepada 15,701 ketua isi rumah melalui SIKR 1.0 dan 18,133 ketua isi rumah melalui SIKR 2.0 sebelum ini.

Jelajah di Selangor turut melibatkan 500 isi rumah eKasih yang mendapat akses kepada pemeriksaan kesihatan asas menerusi PruBSN Prihatin. Pengesanan awal risiko kesihatan membolehkan mereka mengambil langkah pencegahan demi kesejahteraan diri dan keluarga.

Usaha membasmi kemiskinan mesti merangkumi peningkatan pendapatan, penjagaan kesihatan dan jaringan perlindungan sosial yang kukuh. Kita mahu keluarga yang sedang berusaha memperbaiki kehidupan terus mempunyai sokongan apabila ditimpa musibah.

Saya menghargai kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) bersama Kerajaan Negeri Selangor dalam menjayakan ikhtiar ini. Semoga usaha bersama ini membantu rakyat membina kehidupan yang lebih sejahtera dan berdaya tahan.

‍

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.