Inisiatif

COVID-19
6/4/21
STFC19
Isu
Selangor

Program ImuniSel

Program ImuniSel ialah program pendaftaran vaksin COVID-19 besar-besaran yang digerakkan oleh pemimpin tempatan antaranya Pegawai Pejabat DUN dan parlimen, ahli majlis, ketua kampung, ketua komuniti dan sukarelawan ImuniSel. Sasaran utama adalah golongan yang tidak mempunyai akses kepada telefon pintar.

Menurut data Jabatan Perangkaan pada 2019, sekitar 37 peratus isi rumah di Selangor tidak mempunyai capaian kepada telefon pintar dan disebabkan itulah Program ImuniSel ini diwujudkan.

Melalui program ini, kita membantu golongan ini untuk mendaftar bagi pengambilan vaksin secara manual melalui kaunter-kaunter dan juga kad ImuniSel yang kita sediakan.

Dengan pelaksanaan ImuniSel, diharap lebih ramai orang mempunyai kesedaran untuk mendaftar bagi menerima vaksin COVID-19.

Layari www.imunisel.my. atau hubungi talian hotline ImuniSel di 03-5650 0501/03-5650 0502.

#SelangorGempurCOVID19

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.