Inisiatif

Peristiwa
5/12/25
Isu
Selangor
Negara
Aktiviti Sg Tua

Program Ceria Ke Sekolah (CKS) TNB 2026, Kawasan DUN Sungai Tua & Parlimen Gombak

Pagi ini saya berbesar hati menerima kunjungan Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB), Encik Mahamad Farizan bersama para pegawai TNB sempena pelaksanaan Program Ceria Ke Sekolah (CKS) TNB 2026 bagi kawasan DUN Sungai Tua dan Parlimen Gombak.

Majlis ini turut menyaksikan penyerahan mock cek bernilai RM10,000 kepada DUN Sungai Tua dan Parlimen Gombak. Melalui sumbangan ini, para pelajar sekolah rendah terpilih akan menerima baucar Pusat Pakaian Hari-Hari bernilai RM100, melibatkan penerima daripada pelbagai latar kaum dan keluarga.

Sebagai program tahunan, inisiatif ini amat bermakna dalam membantu meringankan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak, sekali gus menyuntik semangat dan keyakinan kepada generasi muda untuk terus melangkah ke hadapan.

Terima kasih TNB atas komitmen berterusan bersama Kerajaan Negeri dalam agenda kebajikan dan pembangunan pendidikan rakyat Selangor.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.