Inisiatif

Peristiwa
13/1/26
Isu
Selangor
Negara

Program Biasiswa Hero-in-Auto Carsome Academy x Yayasan MBI

Hari ini saya menyempurnakan penyerahan Program Biasiswa Hero-in-Auto bernilai RM115,200 melalui inisiatif Yayasan MBI bersama CARSOME Academy.

Inisiatif ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi adalah pelaburan jangka panjang Kerajaan Negeri Selangor dalam membina modal insan berkemahiran tinggi melalui laluan TVET yang selari dengan keperluan sebenar industri.

Bagi pengambilan kali ini, 8 belia terpilih daripada golongan B40 akan mengikuti latihan automotif bertauliah di bawah rangka kerja TVET nasional merangkumi kemahiran teknikal, pengalaman praktikal serta pendedahan terus kepada ekosistem pekerjaan.

Kerjasama strategik ini turut mencerminkan komitmen MBI sebagai pemudah cara, memastikan akses pendidikan dan latihan sampai kepada golongan yang memerlukan, selaras dengan agenda pembangunan ekonomi dan pembangunan insan Selangor yang tidak boleh dipisahkan.

Insya-Allah, Kerajaan Negeri Selangor akan terus memperluas kerjasama seumpama ini demi memastikan setiap anak Selangor mempunyai peluang untuk maju, berdaya saing dan berjaya dalam industri masa hadapan.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.