Inisiatif

Peristiwa
7/11/25
Isu
Selangor
Negara

Program Ambulans Kita Selangor (AKS)

Pagi ini saya telah merasmikan Program Ambulans Kita Selangor (AKS). Ini merupakan inisiatif cetusan idea Kerajaan Negeri bagi memastikan akses kesihatan yang saksama dan berpaksikan keadilan sosial untuk seluruh rakyat Selangor.

Sebanyak 48 buah ambulans disediakan, dengan pelaksanaan fasa permulaan di 3 daerah utama iaitu Petaling, Kuala Langat dan Kuala Selangor, melibatkan 5 PBT di 26 DUN. Program ini menawarkan perkhidmatan ambulans percuma satu atau dua hala bagi golongan sasar, termasuk keluarga berpendapatan di bawah RM5,000, pesakit terlantar, serta mereka yang memerlukan sokongan oksigen semasa perjalanan ke fasiliti kesihatan awam.

Permohonan boleh dibuat melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di daerah terlibat, dan akan diselaraskan bersama St. John Ambulans Malaysia - Negeri Selangor bagi memastikan penugasan ambulans yang tuntas dan efisien.

Insya-Allah, inisiatif ini bakal membantu Kementerian Kesihatan Malaysia juga mencerminkan nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi asas pentadbiran Kerajaan Perpaduan bagi membangun Selangor Negeri Penyayang.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.