PETRONAS MotoGP Malaysia 2025
Menyaksikan perlumbaan PETRONAS MotoGP Malaysia 2025 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. Turut hadir YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, serta YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan.
Saya amat teruja ingin menonton aksi pelumba Malaysia, Hakim Danish Ramli. Namun tiada rezeki kerana beliau terpaksa menarik diri saat akhir akibat masalah teknikal.
Walau apa pun, semangat juang dan keberanian beliau wajar dijadikan inspirasi buat anak muda negara untuk terus melangkah jauh dalam arena sukan permotoran.
Kerajaan Negeri Selangor terus menyokong pembangunan sukan permotoran sebagai platform melahirkan bakat baharu serta mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.














