Media

COVID-19
25/5/20
Isu
Negara

Pesanan dari KKM: Pengambilan Vitamin C dalam pemakanan anda untuk imuniti

Asslamualaikum dan salam sejahtera,

Kementerian Kesihatan Malaysia berpesan agar kita semua tingkatkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi Vitaimin C demi memperkuatkan sistem imuniti kita dalam cuba menjauhkan diri dijangkiti wabak Covid-19 .

Bersama kita amalkannya. #SelangorGempurCovid19

Sistem imuniti badan berfungsi melindungi kita daripada dijangkiti penyakit termasuk jangkitan korona virus 19 atau COVID-19.

Keberkesanan sistem imuniti badan dalam melindungi kita akan berkurangan apabila usia kita makin meningkat.

Namun, kita boleh mengekalkan keupayaan sistem ini sebagai 'benteng pertahanan automatik' dengan amalan gaya hidup sihat yang bermula pada usia muda.

Pemakanan sihat membekalkan vitamin dan zat mineral yang diperlukan badan bagi 'menggerakkan' sistem pertahanan ini.

Bukan susah pun untuk mengamalkan pemakanan sihat. Salah satu cara ialah dengan memastikan setiap hari kita makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sebagai contoh, amalan makan buah-buahan memberikan badan kita khasiat seperti Vitamin C, fiber dan mineral lain.

Sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pastikan anda sekeluarga makan buah-buahan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Jika mahu kekal sihat fizikal dan mental, peliharalah kesihatan tubuh badan.

Menjaga kesihatan tubuh badan adalah tanggungjawab diri sendiri.

Anda nak sihat, andalah yang kena bertindak.

Buah-buahan ini kaya dengan vitamin C. Manakah pilihan anda?

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.