Suara

Peristiwa
13/5/21
Isu
Selangor

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1442H/2021

Ramadan yang dirindui telah berlalu pergi dan bulan kemenangan, Syawal menjelma sekali lagi. Semoga segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan diterima Allah SWT.

Tahun ini kita sekali lagi berhadapan dengan ancaman wabak COVID-19 sewaktu perayaan Aidilfitri. Wajarlah kita mengikuti ketetapan dan SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia agar semua orang memainkan peranan dalam menurunkan kadar jangkitan COVID-19.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil insiatif menjalankan saringan komuniti bersasar sejak 8 Mei 2021 dan akan diteruskan, warga Selangor dijemput untuk menghadiri saringan di lokasi berdekatan kediaman masing-masing.

Tontoni video Perutusan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 1442H/2021 dari saya dan mari kita teruskan kejayaan kita dengan bersama memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Semoga ikhtiar kita selama ini diberkatiNya, Insya Allah.

Khusus buat warga Selangor, izinkan saya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

#Aidilfitri
#KitaSelangor
#SelangorGempurCOVID19

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.