Suara

Peristiwa
14/1/21
Perayaan
Selangor
Negara

Perutusan Hari Pongal 2021

Saya mengucapkan Selamat Hari Pongal kepada seluruh masyarakat Tamil di Selangor dan Malaysia yang menyambut perayaan ini.

Pongal yang membawa maksud melimpah serta mendidih, amat penting bagi masyarakat Tamil tanpa mengira fahaman agama dan merupakan detik yang lebih penting berbanding Deepavali bagi masyarakat di Tamil Nadu.

Pongal juga menandakan permulaan kalendar tahun baru membawa erti tanda kesyukuran terhadap kurniaan yang diterima pada musim tuai serta mengingati jasa baik warga petani yang telah bekerja kuat.

Di Malaysia, Pongal kali ini juga disambut dengan cara dan kaedah berbeza. Dalam tahun-tahun sebelum ini, saya berpeluang menyantuni sambutan pesta ini di Sungai Tua melihat barisan periuk diisi nasi, susu, gula perang, kekacang dan minyak sapi sebagai persediaan menyambut pesta ini.

Namun, sambutan Pongal yang berbeza kali ini berupaya membawa maksud yang sedikit berbeza bagi memastikan kita terus cekal menghadapi cabaran di hadapan kita agar keluarga dan kawan-kawan kita terus selamat dari ancaman pandemik COVID-19.

Seperti ungkapan yang dikatakan waktu sambutan Pongal, ‘Thai piranthal vazhi pirakkum’, yang bermaksud masa hadapan yang cerah akan tiba selepas bulan Thai, bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil, saya percaya dengan kerjasama dan tanggungjawab bersama, masa hadapan yang lebih positif berada di hadapan kita.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, saya mengucapkan Ungalkum Ungal Kudumbatinnarkum Iniya Pongal Vazthukkal kepada seluruh masyarakat Tamil.

YAB DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI
Dato’ Menteri Besar Selangor

14hb Januari 2021

Muat turun teks ucapan rasmi Hari Pongal 2021 di sini

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.