Inisiatif

Peristiwa
24/11/25
Isu
Selangor

Pertemuan dengan New Era University College (NEUC)

Sejurus tiba dari Sabah pagi ini, saya berkesempatan bertemu dengan wakil New Era University College (NEUC) di ruang kerja Wisma DUN Selangor. Turut hadir bersama saya ialah Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor, Sdr. Lau Weng San.

Perbincangan bersama Timbalan Naib Canselor NEUC, Assoc. Prof. Dr. Azizan dan delegasi tertumpu kepada kerjasama strategik dalam melaksanakan kajian berkaitan Pelabuhan Klang bagi tujuan penubuhan sebuah pusat penyelidikan. Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik inisiatif ini dan komited memastikan kelancaran serta kejayaan usaha tersebut demi manfaat bersama terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pendidikan.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.