Inisiatif

Peristiwa
26/12/25
Isu
Selangor
Negara

Pertemuan dengan Mudir Persatuan Pondok-pondok Kelantan

Alhamdulillah, saya memulakan pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini dengan pertemuan bersama para Mudir dan wakil institusi pondok dari Kelantan, yang diketuai oleh TG Baba Abd Rahman bin Abd Qadir, Mudir Pondok Irfan, Tumpat.

Pertemuan ini bukan sahaja menjadi ruang bertanya khabar dan bertukar pandangan, malah membuka perbincangan mengenai perkembangan syiar Islam serta usaha berterusan untuk memperkukuh peranan dan kelestarian institusi pondok di seluruh negara.

Seawal saya menggalas amanah sebagai Menteri Besar, pengimarahan program keagamaan sentiasa menjadi antara keutamaan Kerajaan Negeri Selangor. Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat, membuahkan hasil yang bermanfaat, dan diberkati Allah SWT, insya-Allah.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.