Inisiatif

Peristiwa
24/8/25
Isu
Selangor
Negara

Pertemuan bersama pihak pengurusan National Library of the Republic of Kazakhstan

Lawatan ke National Library of Almaty & Majlis Menandatangani MoU.

Posted by Amirudin Shari on Saturday, August 23, 2025

Meneruskan lawatan kerja saya di Almaty dengan satu pertemuan bersama pihak pengurusan National Library of the Republic of Kazakhstan yang diketuai oleh Rustam Ali, Pengerusi Jawatankuasa Arkib, Dokumentasi dan Urusan Buku Kementerian Kebudayaan dan Maklumat Republik Kazakhstan.

Dalam sesi lawatan ini, saya turut menyaksikan sesi menandatangani surat kerjasama dan persefahaman (MoU) antara Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan National Library of the Republic of Kazakhstan.

Kerjasama pintar ini membuka ruang luas bagi perkongsian idea, pengetahuan serta pengalaman, khususnya dalam bidang literasi digital, pengurusan sumber maklumat, pembangunan kapasiti komuniti perpustakaan, dan pertukaran koleksi bahan rujukan. Kedutaan Kazakhstan di Malaysia turut akan memainkan peranan penting bagi merealisasikan program silang budaya, pendidikan serta usaha memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang perpustakaan.

Dalam sesi ini, Selangor turut berkongsi usaha kami di bawah Institut Buku Darul Ehsan (IBDE) yang giat menterjemah karya-karya agung sarjana Islam seperti tulisan Imam Al-Ghazali dan Muhammad karya Martin Lings, malah akan mempertimbangkan tokoh besar kelahiran Kazakhstan, Al-Farabi, untuk terjemahan seterusnya. Di samping itu, PPAS juga memberi tumpuan kepada pembangunan literasi awal melalui penganjuran Children’s Book Fair sebagai platform menggalakkan budaya membaca sejak usia kecil.

Semasa lawatan di National Library of the Republic of Kazakhstan, saya turut terpesona melihat koleksi unik mereka termasuk sebuah mushaf Al-Quran bersaiz ibu jari, simbol betapa luas dan beragamnya khazanah ilmu yang tersimpan di perpustakaan ini.

Sebagai salah satu pusat ilmu tertua di bandar ini, National Library of the Republic of Kazakhstan bukan sahaja menjadi gedung ilmu tetapi juga pusat komuniti, pemeliharaan warisan, dan hab literasi digital. Dengan jalinan kerjasama ini, kita bukan sahaja menyimpan khazanah ilmu, tetapi bersama-sama menyebarkannya ke seluruh dunia.

#KitaSelangor

#Kazakhstan

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.