Inisiatif

Peristiwa
15/9/20
Perayaan
Selangor

Pertandingan Takraw dan Tukar Minyak Hitam Motor Sempena Hari Malaysia di DUN Bukit Melawati

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayuh anak muda Kuala Selangor, sertai sambutan Hari Malaysia di DUN Bukit Melawati sempena Hari Malaysia di Padang Bandar Malawati. Anda juga boleh dapatkan minyak hitam motor percuma dan menyertai Pertandingan Sepak Takraw Anak Muda Kuala Selangor.

Dipetik dari FB YB Juwairiya Zulkifli:

PROGRAM HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA DUN BUKIT MELAWATI.

15 September 2020.

Sempena cuti Hari Malaysia pada esok hari ( 16 September 2020) Pejabat ADUN Bukit Melawati YB Juwairiya Zulkifli mengajak anda hadir ke Program Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia peringat DUN Bukit Melawati bersama - sama keluarga dan rakan - rakan. Terdapat beberapa aktiviti yang akan dijalankan seperti Pertandingan Sepak Takraw dari kalangan anak muda di Kuala Selangor, aktiviti tukar minyak hitam motor secara PERCUMA bagi 200 orang yg terawal mendaftar serta aktivti keluarga Sukaneka yang boleh pengunjung sertai bersama.

Program ini akan bermula esok ( 16 September ) bermula jam 8.00 pagi bertempat di Padang Bandar Malawati ( depan hentian bas Bandar Baru Kuala Selangor ).

Semua warga Kuala Selangor, khususnya di DUN Bukit Melawati dijemput utk hadir bersama memeriahkan majlis.Namun anda semua dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi SOP Kementerian Kesihatan dengan memakai pelitup muka ( facemask ) , handsanitzer serta memastikan menjaga jarak social masing - masing.Bagi yang bergejala tidak dibernarkan utk hadir ke program ini.

Jumpa anda disana ! 🇲🇾
#demibukitmelawati #Malaysiaku

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.