Suara

COVID-19
3/2/21
Isu
Selangor
Negara

Perjumpaan dengan Menteri Kesihatan, YB Dato’ Seri Dr Dr Adham Baba dan pasukan di CPRC Malaysia

Saya dan pasukan kesihatan Negeri Selangor bertemu dengan Menteri Kesihatan, YB Dato’ Seri Dr Dr Adham Baba dan pasukan beliau di CPRC Malaysia. Alhamdulillah, perjumpaan dan perbincangan yang sangat produktif dan bakal melancarkan gerak kerja pengurusan wabak Covid-19 di Selangor.

Di sebalik 'doom and gloom' yang biasa kita dengar apabila dihadapkan dengan angka-angka jangkitan yang meningkat, ternyata perbincangan bersama YB Menteri sangat melegakan dan memberi harapan yang terbentang luas untuk sama-sama 'put our heads together' bagi memberikan yang terbaik buat Selangor dan Malaysia.

Banyak yang sempat dibincangkan dalam rangka masa hampir 2 jam, daripada sebesar-besar isu Vaksin dan Pusat Transit Sementara (PTS) membawa ke isu pewartaan, termasuk isu-isu lain seperti perkongsian data dan kerjasama melalui agensi Kerajaan Negeri.

InsyaAllah, berkat kerjasama dan persetujuan YB Menteri dan pasukannya, kita akan umumkan beberapa kesepakatan yang kita berjaya capai hari ini--kemuncak kepada usahasama Persekutuan dan Negeri tanpa 'working in silos'.

#KitaSelangor

#SelangorGempurCovid

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.